Entri aku sebelum ni, aku ada memberitahu yang aku akan balik ke Klang minggu ni. Minggu ni aku bermaksud hari jumaat or sabtu. After kelas habis.
Tapi. Tak terjangka Yang aku pulang ke Klang terlebih awal. Semalam, 4 hb.
Aku baru je balik kerumah sewa aku di Ipoh, Selepas semalaman menyiapkan kerja IID (final projek) di rumah kenalan.
Tak lama lepas tu, Telefon aku berbunyi dan tertera nama "Kak Kusya mxs" Aku angkat dia cakap " Ko tawu x Pak Ngah dah meninggal?" aku terkaku kejap.
Nak percaya? Ke tak? Percaya? Yeke..? Tak kan Kak Kusya memaen. Ok..Aku caya. Tapi...
OK. Tanpa buang masa, Aku bagi tawu, Aku akan balik Klang time tu gak. Gi medan gopeng,beli tiket.
Even pukul 2.30 hari tu de prsentation IID. Aku tak dulik. Coz aku rasa,seumur hidup aku, tak pernah ada sedara yang rapat dengan family aku meninggal.
Aku sampai Klang dalam pukul 3 ke 4 mcm tu. Terus gi Ijok,Batang Berjuntai (rumah mek mertua Pak Ngah)
Dalam kol 5 mcm tu,mayat sampai. Siap dimandi & dikafankan oleh pihak Hospital. Hati tetiba terasa sangat sebak. Di tambah melihat Mak menangis. Pak Ngah abang tunggal lelaki kepada mak aku. Aku ingat air mata aku leh tahan Tapi..jatuh gak akhirnya.
Lepas nenek aku dari Johor sampai. Aku folow mereka yang lain ke kubur. Melihat mereka meletak Pak Ngah di 'rumah' baru dia Lagi skali hati terasa sebak teramat sangat.
Mengimbas masa lampau. Pak Ngah suka ajak kami gi mancing. Every week mesti pergi umah Pak Ngah sebab dia je la adik bradik Mak yang duduk Klang. Lepak umah Pak Ngah je,mesti nak gunting rambut bila rasa rambut pnjang.
Kalo nak cerita kenanga dgn Pak Ngah. Air mata aku tak kan terhenti. Papepun. Takziah Takziah Al-Fatihah untuk Mak Ngah dan keluarga. Pemergian Pak Ngah akibat ASTHMA Sukar kita nak jangka. Amin...
Rupa-rupanya aku dah last sem untuk dudk kat kerusi kolej After dis, start dis 11 Jan until 2 April Aku akan memulakan sesi Latihan Industri (Praktikal)
Tempat? Tugasan? aku xdapat tawu lagi kat mana. Masih mencari & menunggu.
Now. Aku,Jiha,Fiza ( sahabat since Sem1 ) Masing-masing tengah menyiapkan 1 lagi final project before kami menduduki exam final. xsilap lagi 2 weeks.
My b plak. still dengan project DAV dia yang tergantung tu. pastu lak project DA dia yang kena reject. Sabar okek b. Buat je, untuk pointer u jugak.
Emm.. Aku terlalu rindu keluarga aku di Klang. Terasa sangat lama tangan aku tak rasa kelembutan tapak tangan mak ayah. Hidup berjauhan tanpa dengar suara mereka Sangat menyeksakan.
"Mak." Tnx concern pasal akak kat sini. Akak ngadu kat mak yang akak sakit, bukan untuk buat mak risau. Akak tawu, mak xdapat buat bubur mak xdapat bawa akak gi klinik sebab kita memasing jauh macam apa yang mak dah bagi tawu kat mesej, pagi 2hari lepas. Tapi, bila mak timbulkan persoalan kat akak pagi tu. akak dapat rasa yang mak dekat ngan akak. Terasa sangat dekat. Tapi hati tetap sebak. Kalo xde pape, insyaallah akak balik ye mak minggu ni. Rindu nk usap rambut mak.
Nazirah. IID ko masih tertangguh. Ko masih boleh menaip entri untuk blog ko? Ish2.. Please do your work. Up kan pointer ko untuk sem last ni boleh? (aku ngarut untuk kebaikan aku sniri)
Hari ni bermula bulan yang baru bagi tahun 2009 Rasa semakin hampir penamat untuk tahun ni
Namun aku merasakan Permulaan untuk bulan baru ni kurang menarik.
Hopefully segala yang buruk akan berubah Hopefully perangai malas aku bransur sikit demi sedikit Hopefully hari-hari untuk bulan ni berjalan dengan lancar
Paling penting. Final exam aku yang akan menjelma dalam bulan ni Mendatangkan keyakinan untuk aku jawab nanti Mendatangkan result yang gempak untuk aku Amin..
dah puas tengok gambar aku dengan wanita termantop diatas? Aku kenal dia dah 3tahun Sekelas dgn dia 1sem jek Serumah dengan dia 4sem Sebilik dengan dia ha4sem
Bayangkan.. Bayangkan taw. Korang kawan da lama. Lama gila. Tido sekatil. Makan semeja. Berak sebilik air.
Tapi. apa segala rahsia dalaman diri dia korang xtwu,xpenah tgk. apa yang menarik pada dia korang tak pernah rasai. haaaa... pastu lak..disebabkan 1 malam je. Korang tawu apa yang korang xtawu b4 this Korang dapat apa yang korang xdapat b4 this. Macam seronok je kan bunyik dia? hahahhahahhaa
Itulah yang aku rasa kat wanita termantop diatas. haha. Najihah but aku panggil dia Jiha Yes! Aku tawu dah..aku nampak dah!!haha..
24hb 10 2009 Jiha terkena gastrik yang melampau. sampai sesak nafas bagai nak rak. seriau beb aku tengok. 1st ko kena dulu aku tak de dengan ko kan. Malam tu baru aku tawu,btapa panik nye bila ko kena mcm tu., Yela..tengah syok2 lepak2..makan2..borak2.. Tengok2 kekwan kita panik semacam Aku dtang je dorang kata ko sesak nafas,gastrik! huh!
...pendekkan cerita... Fazs call fizi (kwn kasanova terhebat aku) Suh dia datang dgn Kancil versi Ferrari dia tu untuk bawa ko gi hospital. Sies! aku sangat takot & panik dat time. Tapi aku kawal untuk tolong Jiha. Aku mintak tolong Dino bawa ubat untuk ko. Walopun tak terguna ubat tu. Tnx to my boo jugak. xpasal2 tlibat dalam kes ni. heeee:D
Aku,Fiza & Madi follow gi hospital. yang best! Pnafasan MULUT ke MULUT yang 1st aku buat seumur hidup aku yang 1st aku buat kat kekwan aku yang 1st aku buat kat ko,JIHA! hahaha.. aku buat bukan sebab nk cium ko aku buat sebab ko pengsan. sebab ko gila2 mcm orang tenat, aku xmo tengok ko blah mcm tu je dlm 1 mlm. huhuh..sedeyh weyh saat dlm keta tgk kdaan ko mcm tu.huhu
Smpai hospital lak. Leh lak staff dia buat2 leka untuk pickup ko dari keta. dengan kdaan ko da tak twu aku nk ckp mcm mana.
Aku pe lagi. Jerit ar! "Woi! mana ni! Angkat la kawan aku ni. Tak nampak ke dia dah mcm ni! Bodoh!" (sambil aku nangis Jiha) Aku tak dulik,orang sekeliling pandang time tu. aku tak dulik,orang nak kata aku xsabar ke pe ke. Yang aku nak sangat time tu. Ko dorang bawa terus gi cek Lepas aku jerit tu, dan2,baru la staff hospital tu amek troli. pickup ko dr keta,usung bawa masuk.
Alhamdulliah. Nazirah dapat lagi tengok najihah o9 dapat lagi tengok najihah tidur dapat lagi tengok najihah gi kolej.
Neway. aku sebenarnya nak ucap. Tenkiu kat nurse malam tu. bukan sebab dia cek kawan aku. tapi sebab. sebab. sebab. membuatkan aku dapat tengok.. SECRET paling BEST kat JIHA! hahaha
*Trimas untuk Fizi,Madi,By,Fasz,Fiza,Tie krn tlibat dlam kadaan ritu,haha
*aku benci sesetgah staff hospital kerajaan yang pangai mcm gampang!